Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 14 March 2012

Apa Kesudahannya ...

Assalamualaikum.


12-03-12, Isnin pagi seperti rutin biasa. Duduk dulu tengok fb ada mesej dari someone. Someone yang aku dah tak nak tengok pun. Klik punya la panjang lebar mesejnya. Entah apa yang di carutkan pun tak tau. Aku terus membacanya dalam keadaan tangan aku menggigil. Sebab darah dalam badan aku mula bergerak laju nafas aku turun naik. Aku tak tau kenapa mungkin aku terlalu GERAM ! yer memang aku marah, geram dan tak puas hati !


Apa motif dia yang sebenarnya ?? aku dah tak nak pun berhubungan dengan dia. Kenapa dia muncul lagi ?? untuk apa ?? saja2 ? suka2 ? sudahla terimala hakikat yang sebenarnya kau tak boleh terima hubungan kita orang kan ? aku dah bagi kau peluang dulu kenapa kau sendiri yang sia2kan ? kenapa kau hipokrik ? Ada hati nak ceramah bagai dengan aku tapi diri sendiri kau tak nak cermin.


Aku dah agak dah hati kau tak kan puas selagi kita orang bersama kan ? kau masih nak kat dia lagi kan ? kalau tak kenapa ayat kau " sy tau kmi akn pegi lbeh jauh lau sy msih trus kn ngn die..sy xnk die trus jauh dr Nya sbb lau kte syg org kte xkn snggup tgk die dseksa sbb kte.." apa maksud kau yang sebenarnya nie ?? street to the point jela wey .. Jahat sangat ke kita orang nie sampai kau boleh cakap macam tue. Benda kalau tak nampak dah dikira FITNAH kan ? Betul tak bakal ustazah ? so kau nampak ke apa yang kita orang tengah buat ?

Kita orang dah besar la macam kau umur kau dengan aku pun aku muda setahun dari kau so perlu ke kau nasihat aku ? layak ke kau ? Parents kita orang pun dah tak masuk campur dengan hal kita orang bagi dorang selagi kita pandai jaga diri selagi tulah buat je benda ikut diri sendiri so siapa2 pun tak layak untuk masuk campur ok !

Aku tau niat kau baik tapi perlu ke kau buat ayat PERLI ? kau juga cakap "past is past" so apa masalah kau lagi nie tak puas2 gangu hidup aku dengan dia. Aku rasa kau nak aku dengan dia clash baru kau betul2 bahagia kan ? baru kau takda point nak ganggu hidup aku kan ? ok aku turutkan !

Untuk sayang kalau betul awak bukan jodoh saya, saya redha tapi kalau dah memang awak adalah jodoh saya, saya akan sabar menunggu awak. Buat masa sekarang biarla masa yang menentukan semuanya. Bebaskanla saya walaupun saya tahu awak tidak merelakannya. Terimalah si dia semula jika benar jodoh awak bersama.

Untuk KAU aku bebaskan juga dia. Kalau dia dah memang jodoh kau aku redha. Jagalah dia sebaik mungkin. Tautkanlah semula cinta korang yang dulu. Perbaikilah diri masing2 untuk masa depan korang. Lepas nie kalau ada apa2 terjadi jangan nak salahkan aku pulak. Aku dah tak nak dengar apa2 cerita dari kau. Jauhkanlah diri kau dari aku. Jangan cuba cabar kesabaran aku lagi. Maaf di atas semua kekasaran aku.

 AKU REDHA YA ALLAH .

No comments: