Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 10 March 2012

Derita Seorang "Pengganti"

Assalamualaikum.

Tajuk entry kali nie Derita Seorang "Pengganti". Hurm kenapa tiba2 tajuk nie ek ? Sebab nak meluahkan apa yang di rasa apabila diri sendiri menjadi "pengganti" kepada masa lalu si dia. Bukan nak salahkan sesiapa tapi cuma ingin melegakan diri sendiri.

Derita sangat ke jadi "pengganti" nie ? entah la kadang2 terasa tersangatla derita hingga boleh menjatuhkan air mata dan merelakan diri di lepaskan. Bukan nak mengungkit tapi cuma ingin mengimbau kembali apa yang di rasa diri sendiri.

Derita pertama yang ku rasa apabila si dia teringat kembali masa2 lalu si dia apabila benda atau sesuatu kejadian terjadi seakan2 sama. Mulala teringat apa yang dorang lalui dan mulala berfikiran bukan2 walaupun si dia cuba mengelak dan menafikannya. So apa korang rasa bila kat tempat aku ? sendiri jawab ok.
"kenangan tidak boleh dilupakan"
 Derita kedua apabila masa lalu si dia mula "menggangu" semula kehidupan si dia walaupun berstatus "kawan baik". Cemburu ? sudah semestinya. Siapa tidak cemburu sila angkat tangan ! Nak mengadu kat dia pun dia tak boleh nak buat apa yela masa lalunya yang terhegeh2 .. bukan marah tapi geram jew ..
tak marah, geram jew .. !

Derita ketiga apabila family si dia yang sudah tentunya mengenali masa lalu si dia begitu rapat sehingga mendatangkan cemburu lagi .. minta maaf diri ini memang terlalu cemburu sejak azali walaupun benda2 kecil. Tapi bagi aku ia boleh menjauhkan aku dari family si dia. Mereka akan membeza2kan kami .. sorry this is my opinion.
keluarga

Derita keempat apabila terjadi salah faham atau pergaduhan yang mungkin berkaitan dengan masa lalu si dia aku mesti dan akan berasa sedih. Kalau boleh tak nak ada kaitan pun. Tapi apa boleh buat benda lalu di ungkit kembali.

di sebalik tembok
Derita kelima apabila hati ini sentiasa tidak tenang .. selalu memikirkan masa depan bersama si dia. Kadang2 seperti tiada harapan untuk bersama kerana curiga dengan si dia jika si dia tidak dapat menerima diri ini bukan terbaik seperti masa lalunya.

Derita keenam apabila diri ini bukanla cinta pertama si dia. Cuma sebagai "pengganti" kepada masa lalu si dia. Orang cakap cinta pertama susah untuk di lupakan tapi terpulang pada diri sendiri. Si dia bagaimana yer ? jawab dalam hati ok.

Derita tak ? bagi aku ia terlalu pahit untuk aku telan. Aku cuba bersikap positif namun hati ini terlalu ego untuk menerimanya. Memang kepercayaan penting dalam setiap perhubungan tapi hati tidak boleh berbohong. Jika tidak sayang aku takkan rasa benda2 nie semua. Awak maafkan saya yer harap awak faham dengan hati saya ini .. wassalam :))

No comments: