Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 13 February 2012

Impianku ~ Puncak Bukit Broga

Assalamualaikum ...

Terima kasih kepada sayang yang sudi memenuhi permintaan saya untuk menaluki Puncak Bukit Broga :) . Melihat keindahan suasananya dan yang pasti untuk melihat terbitnya mentari pagi mencuit hati untuk merasa sendiri menaluki Broga. Dengan perjalanan yang adventure sememangnya sebati dalam diri aku. Walaupun dengan berselipar sahaja aku mampu untuk mendakinya .. huhu ayat nak skema .. :p

Kenapa pakai selipar ? jawapannya sebab sport shoes takda la huhu .. datang sini mana nak tahu nak panjat bukit ke gunung so tak prepay apa2 la. Ok perjalanan untuk mendaki memang best ! Satu pengalaman yang tak akan di lupakan .. terima kasih sayang .. <3 Mencungap2 kita kan sayang .. hehe takpa janji dah pergi. Sayang dah pergi masuk nie dah 3 kali kot.

Lepas tue yang tak boleh blaa kita orang siap kena sound beb "untungla dapat dating kat Broga" huh sentap mak .. Bukan apa kita orang just amik2 gambar jew maybe terlebih manja sikit kot tue yang ada suara2 kejelesan .. hehhe .. Kita orang tak kisah pun kita orang siap sound balik "untunglaa" hahha mesti bengangkan ^_^

Ok sayang datang amik kul 4.30a.m sampai dalam pukul berapa tak ingat la tapi sampai puncak kedua dalam pukul 6.00am macam tue la. Itu pun dah ramai la jugak. Kita orang turun dalam pukul 9.00 kot tapi masih ramai lagi yang datang. Masa nak turun lagila adventure.. licin dengan pasir dan debu2. Alhamdulilah selamat naik dan selamat turun.

Apa2 pun aku terlalu la happy hari ini 12-02-2012 sayang dah melengkapkan impian aku. LOVE U DEAR <3 .. Hah tak habis lagi , lepas turun Broga apa lagi dah dekat dengan Sg. Tekala singgah la bermandi manda .. Sebelum ini pun sayang dah bawak pergi mandi so ini kali kedua la. Lepas ini nak pergi Genting pulak .. horeyyy .. sayang cakap Insyallah plan betul2 nanti kita pergi ok .. hehe terharunya .. Ok ini ajela coleteh aku untuk entry kali ini .. Salam :D

No comments: