
Tergerak hati ini untuk meminta fb id dan password si dia. Ingatkan malas nak check sangat msg2 dia tapi entah tergerak juga. Aku tak terkejut sangat bila dia ada msg dengan ex dia yela itukan masa dulu. Tapi hati aku nak sangat baca apa yang dorang msgkn masa dulu2. Tapi ternyata tidakla dula sangat. Benda ini terjadi pada 26 Oct 2011 iaitu tarikh aku bermsg dengan ex dia dan 27 Oct 2011 esoknya, ketika dia dan ex dia bermsg. Msg dorang ketika aku ada krisis dengan ex dia. Aku ingatkan dia akan backup aku tapi rupa2nya DIA MASIH BERHARAP PADA EX DIA. DIA MASIH MENCINTAI EX DIA. DIA MASIH MENYAYANGI EX DIA. DIA MASIH PERLUKAN DOA UNTUK BERSAMA. APAKAH SEMUA INI ??

Aku ini siapa pada dia ketika itu ? Puas aku menangis, meratap, meraung bercerita kepada dia pasal aku dengan ex dia tapi dia ?? Ya Allah bagaimana aku hendak memujuk hati aku ini..
Dia call tadi pada ketika itulah aku membaca msg2 dorg. Terus aku takda mood! Aku suruh dia mengaku untuk kali terakhir, JIKA DIA MASIH MENCINTAI EX DIA, AKU RELA UNDUR DIRI. TAPI DIA CAKAP PADA KETIKA ITU DIA MASIH KELIRU TAPI SEKARANG DIA HANYA INGINKAN AKU. YER MEMANG SUDAH 2 BULAN TAPI BAGI AKU IA MASIH BARU. DI MANA MARUAH AKU KETIKA AKU CUBA MEMPERTAHANKAN HUBUNGAN INI ? AKU SEDIH SANGAT2..
Sayang.. maafkan aku, aku perlukan waktu untuk menghilangkan perasaan suprise aku ini. Kau pun tahukan ketika aku marah atau sedih aku memerlukan waktu dan ruang untuk aku mengubati semula luka2 ini. Aku tahu dirimu tidak akan tenang selagi aku belum pulih. Kau harus menerimanya sayang kerana ini adalah diriku.
Hurm tapi sekarang aku tak tahu macam mana, bagaimana, apa yang aku perlu buat. Aku buntu, aku juga rasa bersalah di atas perhubungan ini. Tapi aku redha kerana ini semua ketentuan dari yang Maha Esa. Aku harap ini adalah ujian sementara. Aku nak kau tahu yang AKU AMAT MENYAYANGIMU SAYANG.. TETAPI HATI AKU MASIH TERLUKA DENGAN SIKAPMU.. Biarla masa yang menentukan segalanya.. salam..
No comments:
Post a Comment